" Alhamdulillah. Hah, akhirnya!"
Saya tersenyum puas. Hampir dua hari buku itu ditatap. Tempoh yang agak lama bagi 'kupu-kupu buku' (nota: saya tak mahu jadi ulat ) . Orang kata, biar lambat, asal selamat. Maka, itulah saya genggam erat, biar lambat , asal isinya dihadam lumat.
Pada awalnya, saya tidak pernah mengerti mengapa buku itu perlu dibaca. Namun, mengapa perlu mengapa?
Persepsi tipikal masyarakat, penulis adalah kerja yang mudah. Malah, semua orang bisa menulis, sama ada menulis diari, skrip drama, cerpen, novel, jurnal, akhbar,majalah, blog, wordpress dan sebagainya. Mereka hanya perlukan laptop, kertas dan pen lantas membariskan kata-kata indah yang akhirnya membawa manusia lain larut dalam emosi. Mereka juga harus berimaginasi dalam mereka watak . Oh, tidak lupa juga bahawa mereka penat memerah otak menyampaikan mesej dalam plot cerita yang logik,mudah dan paling menarik. Mudah, bukan?
Namun, buku yang satu ini membawa saya untuk berfikir nun jauh. Penulis bukan kelompok manusia yang hanya tahu mencoret ayat indah atau menguasai teknik penulisan. Tetapi, mereka juga memandu pemikiran masyarakat. Kalau pemandu itu sendiri goyah prinsipnya, bagaimana mungkin dia memandu orang lain?
" Adalah prinsip yang berakar daripada barat menjadikan hati sebagai faktor utama penentu pertimbangan. Malah, kamu sendiri (penulis) hanya mendorong semua keputusan kamu bersandarkan pada kata hati. Tuhan pula hanya sekadar dijadikan tempelan bagi menyerahkan takdir kepadaNya. Sedangkan kamu lupa, yang kita ini orang Islam, lalu dalam Islam, pertimbangan bukan sekadar disandarkan pada pertimbangan hati. Kita ada al-Quran dan sunnah , semua keputusan perlu disandarkan kepada kedua-dua perkara itu juga."
Prinsip 'just listen to your heart' , itulah yang goyah. Lihat sahaja segelintir wartawan yang sanggup membuka aib orang lain dengan menokok tambah cerita berkenaan gossip artis. Pandang pula para penulis skrip drama yang cetek akalnya lantaran terlalu asyik membahaskan tema yang manusia gelar sebagai cinta. Selami juga jiwa novelis yang majoritinya asyik menceritakan isu yang sama.Prinsip yang kurang teguh inilah telah menjadikan pemikiran masyarakat jauh ketinggalan zaman.
Prinsip ini hanya akan kukuh apabila dipadukan dengan Al-Quran dan sunnah, berpaksikan aqidah. Dengan adanya kolaborasi asas-asas ini, pasti, hasilnya mampu menyentuh hati manusia. Jika tidak semua, pasti segelintir. Memang benar, ada orang mengatakan bahawa hanya hati yang mampu menyentuh hati. Tetapi, perlu diingat bahawa hanya hati yang dekat kepada TuhanNya, akan berjaya membawa hati yang lain menuju Tuhan juga.
Dan saya masih dalam kembara ini. Terasa jauh, namun kejayaan di hujungnya sudah terbayang di kepala. Bukan jumlah royalti, jauh sekali kadar populariti. Hanya satu yang saya impi, menjadi penulis yang disayangi Tuhan dan mengajak orang lain untuk berusaha disayangi Tuhan. Dan inilah pelajaran utama yang saya peroleh dari buku yang zahirnya kelihatan biasa sahaja!

![]() |
| A must-read book buat semua penulis |
Dan kini, saya kembali menatap beberapa buah buku lain. Mudah-mudahan, Allah sentiasa membimbing.

5 Berbicara:
K Nadhirah, Just Listen To Your Heart by Yasmin Mogahed kah? Wah... Ana nak sangat novel tu, Kak ^^
Silap, Reclaim Your Heart kah?
> Norsyahirah Shahrir
Eh,yang akak state tu bukan novel,dik. :)
It is just a statement.^^
Oh, tersilap pandang, hehe.
Oh, buku Penulis Yang Disayangi Tuhan. Termasuk dalam list-to-buy. :)
^________^
Post a Comment