Friday, January 25, 2013

Ketua Kelas, oh Ketua Kelas!

Bermula dengan 'raising up your hands' 

" Kakak,kakak, nak tahu tak? Hari ini kan.. " 

Begitulah dialog Wan saban hari usai pulang dari sekolah. Pasti ada sahaja cerita yang dikongsi bersama saya atau Ummi. 

" Ya, Akak nak tahu. Hari ni apa yang jadi? " 

" Wan jadi ketua kelas, " ujarnya penuh teruja. 

" Eh, hari tu baru Ustaz bagi surat perlantikan ketua kelas di sekolah agama. Sekarang, jadi ketua kelas kat sekolah rendah pula? Eh, biar betul Wan.. " 

" Ya. Wan jadi ketua kelas kat sekolah agama dan sekolah rendah. Cikgu suruh Wan jaga kelas bila Cikgu tiada. " 

" Oh, ya ke? Wah.. Kalau Wan ketua kelas, siapa penolong ketua kelas?" 

" Alvin. Cikgu cakap, kalau Wan tak datang sekolah, Alvin kena jaga kelas. " 

" Cikgu lantik Wan jadi ketua kelas ke atau Cikgu tanya, siapa yang volunteer? "

" Cikgu masa tu tanya, tapi Wan salah dengar. Wan ingat, Cikgu tanya, siapa yang nak pergi PJ(pendidikan jasmani/bersukan). Jadi, Wan angkatlah tangan. Lepas tu, tiba-tiba, Cikgu cakap Wan kena jaga kelas." 

Terlopong saya dibuatnya. 

" Macam cerita Prof Kamil. Dia cerita, sewaktu di sekolah dahulu, ayahnya ada pesan , jika ditanya siapa mahu jadi ketua kelas, angkat tangan tinggi-tinggi. Beza sikit dengan Wan, tiada yang pesan suruh angkat tangan. Tiba-tiba, angkat tangan bukan main tinggi. Wan, habis tu, ada tak Wan kena lead kawan-kawan untuk beri salam bila cikgu masuk kelas? " celah Ummi. 

" Ada. Wan cakap, Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh,cikgu!

" Ha?! " saya sedikit terkejut. Ummi pula mulai tertawa. 

" Akak nak tahu tak? Hari tu, Wan ada beri salam pada pak cik guard yang jaga depan pintu sekolah tu. Dia sebut, Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh,pak cik! Wan, kalau nak beri salam , sepatutnya sebut Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh,cikgu!

" Yakah, Ummi? " aju saya, geli hati. 

" Oh., salah ek. Okey,nanti Wan sebut 'Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh,cikgu!' ," ujar Wan. 

" Akak, nampaknya, nanti kita kena buat kelas rehersal untuk ketua kelas. Ya tak? " kata Ummi pula. 

Saya hanya tersenyum. Sedikit sebanyak terselit kagum buat diri yang muda dan berjiwa besar itu. Mudah-mudahan, menjadi sehebat Al-Fateh. Saya? Pastinya, tidak sabar menantinya pulang dari sekolah  dan  mendengar laungan, 

" Kakak,kakak, nak tahu tak? Hari ini kan Wan.. " 

Lalu, bermula sudah gelanggang cerita tok selampit! 

Apa Kata Mereka??

1 Berbicara:

Ummi Hajjah said...

Kita melihat dianya seperti Tok Selampit tetapi dia melihat dirinya sebagai peneroka ilmu. Rasai...baru dia mengerti dan faham.