Kitty ( salah seekor kucing peliharaan kami ) kelihatan tidak tentu arah. Mengiau sana sini.
" Nak beranak, kot, Si Kitty ni, " ujar Ummi.
Benar, ia mahu beranak. Namun, kelihatan amat payah. Debab ( salah seekor kucing peliharaan kami ) seakan cemas melihat kakaknya itu. Pak Itam ( seekor kucing jalanan yang berbulu hitam) mendekatinya dan menggigit di bahagian leher. Serta-merta, Kitty senyap.
" Haish! Pak Itam ini, Kitty tu nak beranak, awak boleh nak mengawan! "
Ummi menghalau kucing jalanan itu. Namun, sebaik sahaja Ummi menjauh, Pak Itam melakukan hal yang sama. Debab juga masih tidak berganjak dari tempatnya . Ia hanya melihat tindakan Pak Itam. Tidak lama selepas itu, Debab pula meniru tindakan Pak Itam. Jelas kelihatan ia sedikit cemas.
Melihat keadaan tersebut, Ummi mengurung Kitty kerana bimbang diapa-apakan oleh kedua-dua kucing jantan itu. Akhirnya, Kitty melahirkan anak.
" Begitulah, kisahnya. Hari tu, kejadian yang sama berlaku kat Princess ( salah seekor kucing peliharaan kami juga ) . Ummi kurung juga Princess, " ujar Ummi.
" Begitulah, kisahnya. Hari tu, kejadian yang sama berlaku kat Princess ( salah seekor kucing peliharaan kami juga ) . Ummi kurung juga Princess, " ujar Ummi.
Saya hanya mengangguk-angguk mendengar kisah pengalaman Ummi berhadapan dengan fenomena kucing yang mahu beranak ini. Rasa geli hati berputik di hati.
" Kenapa Ummi kurung Princess?"
" Yalah.. Takut diapa-apakan Pak Itam tu. Time tu, Ummi tak tahu bahawa rupa-rupanya, tu memang habit kucing. Agaknya, rasa nak beranak tu sakit sangat. Jadi, nak kurangkan sakit, si suami kena gigit leher. Memang pun, lepas tu, Ummi tengok, Kitty dah cool sikit," terang Ummi panjang lebar.
" Habis tu, kenapa Debab buat kat kakak dia (Kitty) juga?"
" Daripada yang Ummi tengok dan perhati, Pak Itam ajar Debab. Debab ni,badan sahaja besar, tetapi, belum matang. Agaknya bila Kitty tak tentu arah dan Debab pula tak tahu nak buat apa, Pak Itam tolong. "
Saya teruja. Selama ini, hal sebegitu tidak pernah saya ketahui.
" Tapi, Ummi rasa bersalah sikit sebab kurung Kitty dan Princess time diaorang nak beranak. "
" Tak mengapalah, Ummi. Time tu kan Ummi tak tahu."
"Teringat kisah yang diceritakan oleh Pahrol Juoi dalam bukunya Nota Hati Seorang Lelaki. Katanya, kita tidak mampu mengganti tugas ibu hatta untuk seekor anak kucing!"
Aduhai, betapa kerdil dan ceteknya ilmu kita. Namun, kita sering angkuh dan bersikap 'sok tau'. Lupakah kita bahawa ilmu Allah itu lebih luas?
Mudah-mudahan, Allah mengampuni kita semua dan tidak menjadikan kita orang yang sombong. Hakikatnya, kesombongan itu membuah kebodohan!

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
( Al-Kahfi : 109 )
Mudah-mudahan, Allah mengampuni kita semua dan tidak menjadikan kita orang yang sombong. Hakikatnya, kesombongan itu membuah kebodohan!

2 Berbicara:
kakak..
kucing 'beranak'lah sayang ^^
bukan bersalin. Comel je.
>> Mawar Putih
Hehe. Terima kasih atas tegurannya, kak. :)
Bukan apa, istilah yang digunapakai untuk kucing di rumah is bersalin. Maybe sebab semua anggap kucing itu is a part of our family. ;)
Apapun, JZKK & May Allah bless.
Post a Comment